Skip to main content

Latihan Industri di Pusat Pengajian Arkeologi Global



Pengalaman internship sememangnya bernilai untuk pendedahan awal terhadap dunia pekerjaan. Seperti saya dan pelajar-pelajar Pusat Pengajian Sains Kimia USM, internship ni sangat berbaloi bukan sahaja kerana pengalaman tapi untuk mengurangkan beban graduation unit kami. Memandangkan tempoh yang terlalu singkat, kebanyakan syarikat sukar menerima situasi ni dan banyak juga yang ditolak permohonan. Saya juga ada mohon di Lynas Corp. dan Jabatan Kimia Pahang tapi tempat tak cukup. Pesan saya buatlah persediaan awal untuk elakkan persaingan dengan students lain. Mujur saat-saat akhir saya dapat di PPAG ni.

Tak banyak, tapi ada sedikit catatan skop-skop kerja yang saya buat sepanjang 2 bulan internship di sini.. bacalah mungkin ada yang berminat nak merasai pengalaman jadi ahli arkeokimia :)

Kerja tak bergaji, almaklumah kerajaan.

Pelajar-pelajar Latihan Industri Pusat Penyelidikan Arkeologi Global diberi peluang menggunakan kesemua instrumen yang ada di Makmal Pencirian Bahan Bumi 1 dan 2 iaitu EC Meter, mesin terlakur model Vulcan Fusion Technology buatan Jerman, Pendarflour Sinar-X (XRF) model Panalytical Axios Max Model of 4kW buatan Belanda, Belauan Sinar-X (XRD) model Advance D8 Bruker AXS buatan Jerman, Mikroskop Pengimbas Elektron (SEM) model Quanta FEG 650 buatan Belanda dan keratan nipis. Setiap pelajar telah diberikan tugas secara khusus untuk melakukan analisis sampel menggunakan instrumen-instrumen yang terlibat.

Secara ringkasnya, setiap minggu pelajar-pelajar ditugaskan melakukan analisis daripada pelbagai jenis sampel yang diperoleh dari syarikat-syarikat mahupun persendirian. Menggunakan sampel tersebut pelajar memperoleh pengalaman untuk menyerbukkan sampel dan membentukkan sampel kepada palet atau kaca terlakur menggunakan hidraulik tertekan, mesin terlakur dan mesin penyerbukan. Setelah selesai tugas penyediaan sampel, analisis XRF dan XRD akan dilakukan untuk mengetahui elemen dan fasa bahan serta komposisi yang wujud pada sampel tersebut. Seterusnya, pelajar turut diberikan sampel batuan mineral (sampel batu meteor dan galian daripada Bukit Bunuh) untuk dianalisis melalui analisis keratan nipis. Pelajar perlu menggunakan mesin pemotong batu, mesin pengasah intan, mesin pembuat keratan nipis Hillquist, mesin pengasah besi bancuhan + serbuk karburundum untuk menyiapkan tugasan keratan nipis ini. Selesai keratan nipis, sampel tersebut diberikan kepada staf PPAG yang terlibat untuk dianalisis kandungan mineralnya menggunakan mikroskop petrologi.

Saya secara khususnya telah ditugaskan untuk merekod bacaan ketumpatan garam/konduktiviti elektrik pada air rendaman rangka manusia Pulau Kalumpang, Kuala Selinsing, Perak bermula pada minggu pertama hingga minggu terakhir secara harian, memahami unsur kimia yang terlibat, mengkaji latar belakang dan faktor pemeliharan, serta melakukan analisis menggunakan SEM pada rangka tersebut untuk projek latihan industri.

Makmal Keratan Nipis dan Pengilapan








Makmal Mikroskop Pengimbas Elektron






Makmal XRF dan XRD






Comments

Post a Comment