Saat saya menulis post ini, saya ingin maklum dulu bahawa saya baru sahaja memulakan hidup sebagai tahun 4 di USM dalam Sarjana Muda Sains Gunaan (Kimia Analisis) sidang akademik 2018/2019. Jadi kemungkinan sebarang kenyataan, pandangan atau kritikan tidak berapa tepat, tapi saya jamin masih boleh diguna pakai untuk rujukan pembaca semua. Peace.
1. Skop pembelajaran.
2. Suasana dalam kuliah.
3. Pensyarahnya bagaimana.
5. Makmal.
6. Aktiviti luar kelas pusat pengajian.
7. Apa yang saya boleh jadi dengan menceburi bidang ni?
Hari pertama menjejakkan kaki di School of Chemistry.
Skop pembelajaran
Sarjana muda kimia di USM terbahagi kepada 3; Pure Chemistry, Industrial Chemistry dan Analytical Chemistry. Skop belajar hampir sama tetapi pelajar dapat rasai perbezaanya pada tahap subjek (level yang diambil), penggunaan makmal dan fokus bidang. Contohnya, Pure Chem wajib ambil subjek Organic Chemistry dan Inorganic Chemistry sehingga tamat level 3 tetapi bagi Applied Chem cukup sampai level 2. Sebabnya Industrial dan Analytical akan diberikan fokus lebih pada subjek utama mereka. Contoh bagi Analytical Chem wajib ambil subjek Spectroscopy, Seperation, Electrochemistry dan Environment yang langsung tak wajib diambil oleh pelajar Industrial dan Pure. Mereka juga akan belajar subjek-subjek tu, ada bahagian yang mungkin disentuh secara "surface", bezanya digabungkan dalam satu subjek iaitu Analytical Chemistry level 2. Ada keistimewaan tersendiri 3 kos ni, nak tau kena menuntut ilmu kimia di USM.
Belajar kimia, tetapi jangan sangka anda takkan berjumpa semula dengan Math dan Add Math di sekolah, peringkat STPM atau Matrik. Wajib untuk belajar Calculus dan option untuk Statistic, maka akan berjumpalah semula dengan Differentation dan Integration yang menjadi mimpi ngeri suatu ketika dulu. Sangat penting, dan anda akan sedar betapa betapa pentingnya faham bila dah mula ambil subjek Physical Chemistry. Juga, tak dilupakan subjek Physics dan Biology kena telaah semula, jangan terperangkap dalam dunia Chemistry je. Bagi saya subjek Modern Physics yang ni sangat menarik dan membuka minda, belajar teori Einstein tentang relativity, space and gravity ala-ala cerita Insterstellar tu, membuka minda untuk melihat dunia dari kaca mata yang berbeza la katakan. Terpulanglah, masing-masing ada ghairahnya yang tersendiri. Subjek Physical Chemistry sendiri juga akan sentuh pada Quantum Theory (Ant Man 2), Wave-particle, Thermodynamic, Schroedinger equation yang kalau boleh faham dengan baik, anda memang power dan boleh buat bom! Tapi di sini takdalah makmal untuk buat bom tu, teori je (itupun ramai yang angkat bendera putih).
Meh...
Secara mudahnya saya bahagikan skop pembelajaran bidang kimia di USM kepada 2 fasa.
1. Fasa pengenalan dan pengukuhan.
2. Fasa pengetahuan semasa.
Fasa pertama adalah semasa di tahun 1 dan 2, kita didedahkan dengan segala basic-advance theoretically berkaitan dengan kimia khususnya dalam organik dan tak organik. Fasa kedua pada tahun 3 dan 4 pula adalah fasa yang akhirnya anda akan jumpa career path ataupun job scope sebenar bidang pengajian. Food and palm oil chemistry, chemical processing, polymer, lab forensic, bioanalisis dan kemuncaknya adalah projek tahun akhir. Dari sini anda akan tahu wow rupanya penting betul asas-asas pada tahun 1 dan 2 dulu untuk diaplikasikan zaman kerja nanti. Bayangkan.. akhirnya kita dapat memahami bagaimana perkembangan teknologi kimia di dunia ni.
Suasana dewan kuliah
APEX University kot. Mestilah power, advance, techno, touch screen, korea. Tak! Biasa saja seperti uni-uni yang lain, cuma dalam kategori selesa dan kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. #syukurselalu
Pensyarah di School of Chemistry
Secara peribadi, pensyarah di sini sangat mesra pelajar, prihatin dan suka membantu. Tak faham boleh jumpa terus atau set appointment bila-bila masa. Lemah dalam pelajaran ada pembantu akademik (PA) yang dikhaskan untuk setiap pelajar berbincang masalah. Boleh kata serba mudah. Bukan itu sahaja, ada juga pensyarah-pensyarah yang sangat hebat dan mendapat pengiktirafan anugerah Bintang Bersinar Malaysia hasil kajiannya. Kelemahan-kelemahan pensyarah dalam penerangan masa kuliah itu biasalah, ada pensyarah yang baru dan masih muda, manusia mana ada yang perfect even ada PhD sekalipun. Cuma jangan expect sama macam cikgu di sekolah yang suap terus ke mulut kita, di uni semua kena berdikari, cari bahan di perpustakaan, website, buat latihan dll. Cemerlang, Lulus, Lulus bersyarat, GAGAL semua di tangan anda.
Prof Wan (tengah) antara pendidik yang mengajar saya subjek kimia analisis.
Kemudahan makmal
Makmal di pusat pengajian masih ada banyak kekurangan hakikatnya, tapi bagi pelajar sarjana muda saya kira cukuplah untuk jalankan experiment. Instrumen-instrumen asas ada dan boleh diakses dengan mudah, contohnya High Performance Liquid Chromatography (HPLC), Inductively Coupled Plasma (ICP), Gas Chromatography (GC), UV-Vis Spectrophotometry, alatan untuk extraction, decantation dan banyak lagilah, ha cukup untuk budak-budak sarjana muda. Untuk pelajar Analytical Chemistry, anda sangat beruntung sebab diberi peluang untuk buat Forensic Lab, hanya untuk kos ini sahaja ditawarkan.
Antara hiasan deco yang anda akan jumpa di makmal, sejambak pipettes.
Cara saya membuang masa dalam makmal.
Cara untuk serius dalam makmal bila partner kau girls.
Aktiviti mem-vortex.
Alatan radas untuk macro distillation.
Protein digestion.
Keluarga bahagia, anaknya berderet-deret.
Citra-warna kimia.
Aktiviti luar dewan kuliah
Jangan risau, belajar itu bukanlah di dalam dewan kuliah semata-mata, bertuhankan jalanan pun kau boleh mencari ilmu. School of Chemistry ada ChemSociety USM yang boleh join untuk aktiviti luar. Programnya termasuklah Minggu Sukan Kimia (MSK), Lawatan Industri, Chemrock (bertandang ke sekolah-sekolah sekitar Pulau Pinang), Dinner Chemnight, Lunch, Breakfast. Bina silaturahim dan gilap bakat kepimpinan anda melalui persatuan ini.
Setelah selesai mengendalikan MSK.
Chemnight kami berdua menang lucky draw.
Apa yang saya boleh jadi setelah graduate kos kimia?
Hahaha, soalan yang sangat cliché ditanya termasuklah saya sendiri.
1. Jadilah manusia yang berguna kepada agama dan negara.
2. Kerja di Petronas, Shell, Petron, Oil and Gas Industry
sebagai chemist ataupun engineer (ada senior dapat kerja Petronas department oil and gas ni).
3. Polymer Engineer.
4. Archeochemist (rujuk post sebelum ni).
5. Quality Assurance dan Quality Control di
syarikat-syarikat dan industri berasaskan kimia.
6. Pensyarah.
7. Forensic Scientist.
8. Nanotechnologist.
9. Research Assistant.
10. Analytical Chemist.
11. Environmental Scientist.
12. Industri Nadir Bumi (Lynas Corp).
13. Chemist di Jabatan Kimia Malaysia.
14. Syarikat air minuman Blew, Dasanai dll (sangat memerlukan certified chemist).
15. Syarikat ubat gigi tekemuka Colgate, Darlie, Halagel, Raiya (ada senior juga bekerja di sektor QA, QC di sini).
16. Kilang produk kecantikan (yang melakukan RnD).
12. Industri Nadir Bumi (Lynas Corp).
13. Chemist di Jabatan Kimia Malaysia.
14. Syarikat air minuman Blew, Dasanai dll (sangat memerlukan certified chemist).
15. Syarikat ubat gigi tekemuka Colgate, Darlie, Halagel, Raiya (ada senior juga bekerja di sektor QA, QC di sini).
16. Kilang produk kecantikan (yang melakukan RnD).
and the list goes on...
Jujurnya bidang kimia merupakan bidang yang sangat flexible
terutamanya dalam negara Malaysia kita ni. Kebanyakan industri sangat
memerlukan ahli kimia untuk formulasi dan sebagainya, kita lah kena usaha
sedikit mencari pekerjaan yang sesuai dengan diri kita dan bak kata netizen
first job jangan terlalu memilih. Walaupun tak dapat nafi hakikat sukar mencari pekerjaan pada zaman kita ni tapi percayalah bahawa rezeki ini luas. Berani untuk cabar diri teroka dunia pekerjaan luar negara kerana Graduan Kimia USM ni antara kelebihannya
mendapat pengiktirafan dan penarafan dari The Royal Society of Chemistry (RSC)
UK. #syukurselalu
👍👍👍
ReplyDeleteAdik.. boleh PM akak x.. nk tanya psl course ni in detail.. fb akak rohani mona.. PM ye dik..anak akak calon SPM 2021 Mac esk
ReplyDeleteJunior ni..saya grad tahun 2003...ya betul insyallah ada peluang dlm industustri..saya pernah bekerja sebagai lab engineer dlm HDD dalam industrial...selepas tu saya menjadi cleanroom engineer...validatin engineer..terkini saya SENIOR Process Engineer. ...cuma nya saya makin jauh nak jadi chemist.
ReplyDeletesaya dari masa depan tolong saya perlukan kerja
DeleteKuruih noh aq dlm tu🤣🤣🤣
ReplyDeleteMaaf ,minta ubah perkataan "bertuhankan jalanan" kerana ia boleh rosakkan akidah.. perkataan Tuhan adalah serius,hanya boleh digunakan untuk merujuk Allah..
ReplyDelete