Skip to main content

Posts

Jiwa(ku) yang sentiasa ingin meningkat

"Kadang kita terpengaruh dengan minat dan cita-cita kita, tapi Allah sudah ada perancangan Nya sejak azali.. Orang yang tengok diri kita pun kadang dapat nilai keupayaan kita dalam industri untuk kepentingan syarikat.. Jadi rezeki ada di mana-mana bahagian sahaja. Moga-moga anak-anak ibu semua sentiasa meningkat dalam pencapaian masing-masing. Minat boleh dipupuk.. Buatlah dengan seronok. Kerja kalau kita lakukan dengan seronok, akan jadi seronok dan timbul kan minat akhirnya.. Kepuasan akan terhasil.", Ibu. Aku sematkan pesanan ini sebagai motivasi untuk memulakan kerjaya yang baru menjelang tahun baru 2021 nanti, kerjaya yang tidak pernah aku rancang untuk menceburinya, tidak pernah terlintas dalam fikiran bahawa aku ingin menjadi seorang jurutera. Bahkan dahulu walaupun diberi peluang temuduga JPA tajaan ke Jepun dalam kejuruteraan pun aku tak hadir, aku rasa tidak berminat dan buang masa.  Hari ni, aku dah terjebak dalam bidang ini. Aku tertanya-tanya, kenapa aku boleh ...
Recent posts

Aku dan kerjayaku - seperti telah ditakdirkan.

28/6/2019 - Tamat peperiksaan semester akhir tahun 4. 3/7/2019 - Dipanggil sesi temuduga (3 orang calon terlibat). 4/7/2019 - Keputusan temuduga, berjaya (offer of employement). 5/8/2019 - Dipanggil masuk "on duty" untuk mulakan tugas sebagai Lab Analyst (process) di Central Laboratory Lynas Malaysia Sdn Bhd. Macam2 soalan saya dapat dari junior, coursemate, senior. Macam mana kau buat Hafiz? Cepat betul dapat job? Ada orang dalam ke? Eh, bukan graduan sains sekarang susah dapat kerja? Bagaimana saya melakukannya, saya tidak ada satu panduan khusus untuk dikongsi. Semuanya seperti telah diatur. Tamat pengajian di USM > gembira > mohon kerja di Jobstreet dan website industri kimia yang relevan > dipanggil temuduga > keputusan temuduga melalui panggilan telefon > temuduga berjaya > diterima sebagai permanent staff di Lynas Corp > bersyukur > bulan 9 konvokesyen. Ya saya berjaya menempatkan diri dalam industri kimia sebelum bergelar gradu...

Bidang Sarjana Muda Kimia di Universiti Sains Malaysia #syukurselalu

Saat saya menulis post ini, saya ingin maklum dulu bahawa saya baru sahaja memulakan hidup sebagai tahun 4 di USM dalam Sarjana Muda Sains Gunaan (Kimia Analisis) sidang akademik 2018/2019. Jadi kemungkinan sebarang kenyataan, pandangan atau kritikan tidak berapa tepat, tapi saya jamin masih boleh diguna pakai untuk rujukan pembaca semua. Peace. Apa yang anda boleh dapat dalam post ni: 1. Skop pembelajaran. 2. Suasana dalam kuliah. 3. Pensyarahnya bagaimana. 5. Makmal. 6. Aktiviti luar kelas pusat pengajian. 7. Apa yang saya boleh jadi dengan menceburi bidang ni? Hari pertama menjejakkan kaki di School of Chemistry. Skop pembelajaran Sarjana muda kimia di USM terbahagi kepada 3; Pure Chemistry, Industrial Chemistry dan Analytical Chemistry. Skop belajar hampir sama tetapi pelajar dapat rasai perbezaanya pada tahap subjek (level yang diambil), penggunaan makmal dan fokus bidang. Contohnya, Pure Chem wajib ambil subjek Organic Chemistry dan Inorganic Ch...

Latihan Industri di Pusat Pengajian Arkeologi Global

Pengalaman internship sememangnya bernilai untuk pendedahan awal terhadap dunia pekerjaan. Seperti saya dan pelajar-pelajar Pusat Pengajian Sains Kimia USM, internship ni sangat berbaloi bukan sahaja kerana pengalaman tapi untuk mengurangkan beban graduation unit kami. Memandangkan tempoh yang terlalu singkat, kebanyakan syarikat sukar menerima situasi ni dan banyak juga yang ditolak permohonan. Saya juga ada mohon di Lynas Corp. dan Jabatan Kimia Pahang tapi tempat tak cukup. Pesan saya buatlah persediaan awal untuk elakkan persaingan dengan students lain. Mujur saat-saat akhir saya dapat di PPAG ni. Tak banyak, tapi ada sedikit catatan skop-skop kerja yang saya buat sepanjang 2 bulan internship di sini.. bacalah mungkin ada yang berminat nak merasai pengalaman jadi ahli arkeokimia :) Kerja tak bergaji, almaklumah kerajaan. Pelajar-pelajar Latihan Industri Pusat Penyelidikan Arkeologi Global diberi peluang menggunakan kesemua instrumen yang ada di Makmal Pencirian Ba...

Bicara dari Nukilan - Versi Mahasiswa USM

DILEMA MAHASISWA ~ antara materialisme dan humanisme Semenjak kita menjejakkan kaki ke alam universiti dari bangku sekolah sudah pasti kita dapat merasakan kelainannya dan seharusnya kita sedar perkara ini. Gelaran mahasiswa sepatutnya memberikan nilai yang berbeza kepada kehidupan kita kerana perjuangan kita sudah berbeza. Perjuangan kita kali ini menuntut pengorbanan, keberanian, konsisten dan yang paling penting memerlukan kepada ilmu kerana mahasiswa itu merupakan seorang pemikul amanah, penuntut ilmu, agen perubahan masyarakat dan penyambung legasi kepimpinan negara. Ya kita-lah orangnya itu, Mahasiswa Universiti Sains Malaysia. Namun begitu, dukacita dimaklumkan bahawa tidak begitu ramai mahasiswa hari ini seperti yang cuba digambarkan di atas. Kita sudah semakin ‘lembik dan kurus’ dengan budaya keilmuan dek kerana derasnya hempasan ombak hedonisme yang memukul. Tidak dinafikan masih wujud ‘spesies’ yang cintakan ilmu tetapi jika dibandingkan dengan sebilangan besar ‘popu...

Tarikh ini adalah sebuah permulaan untukku..

Tanggal 21 Ogos 2016 merupakan tarikh yang berharga untuk aku kerana telah genap 20 tahun aku singgah di muka bumi, syukur Alhmadulillah. Sudah agak lama aku berhasrat untuk menulis blog secara serius dan kritis, tapi masa masih mencemburui aku, ataupun aku yang sebenarnya masih tidak matang dalam mengurus masa. AHH..ketepikan itu semua, hari ini aku perlu berubah, aku ingin berubah, aku mahu jadi diriku sendiri. Benar, diriku yang sebenar itu pendiam tapi ligat dengan idea, diriku yang sebenar sangat-sangat cintakan buku dan ilmu sehinggakan lupa segalanya, hilang dalam khayalan dan kekhusyukan membaca namun, kesalnya aku tidak suka kepada bahan yang kaku (seperti subjek-subjek sains) kerana tidak menepati cita rasa diriku yang sebenar, diriku yang sebenar sangat sayang kepada keluarga sehinggakan aku berasa seperti ingin duduk di rumah semata-mata, tidak mahu meneroka alam kerana mahu menghabiskan masa bersama ibu ayah abang adik-adik -ku, diriku yang sebenar sang...